Monday, May 30, 2011

SMK buat aku jadi matang....fikir masa depan....

melucahkan apa yang tak lucah....
tu memang kerja aku yang tak sengaja masa zaman jahiliah...-,-'''
(walaupun memang sengaja)...

main aci kejar dengan warden, dengan ketua pengawas pun keje aku dulu2....
tapi sekarang bukan main kamcing agi dengan felo....

hampir tiap pagi aku ponteng kelas tapi dalam erti kata 'tak sengaja'....
dulu2 kalau lambat pergi kelas je mesti ikut bontot pengawas2 asrama turun kelas (sebab dorang memang turun lambat)...
tapi wrong step je.....
tengah padang lah cari aku tanpa stoking pijak duri semalu dengan mulut yang kumat kamit dengan makian...haih...

orang kata zaman sekolah tu mematangkan....
pengalaman yang manis untuk dikenang....
walaupun pahit kena keliling padang lari lintang pukang....
itu yang membuatkan aku jadi orang....
trimas buat kawan seperjuangan dan juga guru2 yang sentiasa dikenang!!
selamat hari guru pada yang bakal guru dan yang sudah menjadi guru (walaupun dah terlambat untuk diucap)...


pesanan aku pada rakan seperjuangan yang bakal jadi guru:
"jangan marah kalau ada anak didik yang tak berapa jadi orang sebab kita dulu pun begitu yer...hehe"

Sunday, May 22, 2011

"kalau bersama waktu susah senang dan 
makan berkongsi pinggan,
tu baru namanya kawan sepanjang zaman"

Saturday, May 21, 2011

jiwa kacau....

"yang luar takkan sama yang di dalam"

luar ko nampak cantik tapi dalam....
luar ko nampak comot tapi dalam....
luar ko nampak jahat tapi dalam.....
luar ko nampak baik tapi dalam.....

patutlah terciptanya peribahasa
"don't judge book by its cover"

banyak benda yang aku belajar kat sabah ni...
kalau kau tengok dengan mata kepala je apa yang ada depan mata...kau takkan nampak apa2...
betul aku kata...
kau perlu belajar untuk tengok dengan mata hati...
itu lebih jelas dan lebih bermakna...
samada kau mahu simpan apa yang kau tengok atau kau keluarkan ia untuk di kongsi...
it's depends...

jauh perjalanan, luas pandangan....
tinggal di satu tempat je mungkin tak membuatkan aku berfikir banyak dan jumpa dengan kebanyakan orang...
dan sekarang aku memang suka merantau dan ambil apa yang ada untuk jadikan pengajaran dan juga iktibar...

banyak orang, banyak ragam...
setiap orang takkan faham apa yang kita faham...
itu pasti!
setiap orang ada hal masing-masing...
ada pengalaman hidup masing-masing...
cara berfikir masing-masing...
mana kita pergi...
dengan siapa kita berkawan....
pemahaman antara satu sama lain harus ada untuk terus kekal bersatu....

pengalaman hidup aku penuh dengan pahit dan manis...
aku bukan budak yang baik untuk disanjung...
aku cuma mahu dihormati sebagai manusia....

Tidak pernah wujud manusia “suci” yang tidak mempunyai masa silam. 
Tidak juga pernah wujud manusia “keji” yang tidak mempunyai masa depan 
(kata2 yang dipinjam)

tak semua orang yang ada kehidupan yang sama dengan aku...
dan tak ramai yang tahu pahit manis aku...
apa yang aku mahu ia dikongsi, aku kongsikan...
apa yang aku mahu ia tersemat abadi, aku abadikan...

notes:jiwa aku memang betul2 kacau sekarang...
aku tak tipu!

Saturday, May 14, 2011

140511

.....haish.....
first time accident drive sendiri hari ni....

gila cuak kot!!
nasib baik takde pape...

alhamdullilah...

Thursday, May 5, 2011

aku harap aku kuat!

Tipu kalau aku cakap aku tak sedih…
Tipu kalau aku cakap aku tak kecewa…
Tipu kalau aku cakap aku tak menangis…
Tipu kalau aku cakap aku kuat…

….Tapi…

Hidup itu mesti..
Dugaan itu pasti….
Rintangan itu harus ditempuhi…

Moga aku kuat dan tabah…
2 hari masih belum cukup untuk aku hapuskan air mata…

Mungkin aku nampak kuat di luar…
Tapi tidak di dalam…
Dalam tawa aku, dalam senyuman aku…
Aku cuba untuk sembunyikan segalanya…

Saturday, April 23, 2011

aku di SKKD....

aku start sekolah rendah masa tahun 1997....
kira budak baik jugak lah masa sekolah dulu...
tapi baik2 pun pernah gak kene lempang ngan ustazah..hahaha..

setiap kali mak ayah kene pergi sain buku record prestasi tu mesti dorang balik cakap 
"cikgu mira kata mira senyap kat sekolah"...
opppsss...senyap tang mana tu...
pastu mula lah mak ayah aku tak percaya yang aku ni sebenarnya pendiam...(",)

yang aku hairan tambah pelik nya, bukan mak ayah aku je tak percaya yang aku pendiam...
tapi kawan2 aku pun tak percaya...
apa kehenye...

pernah gak aku ponteng kelas masa sekolah rendah sebab asyik lepak dalam bilik SPBT jer..
last2 tengok kelas da start lama..so aku pun tak masuk kelas..hehehe

yang paling aku suka masa sekolah rendah...
tiap2 tahun aku dapat hadiah masa penyampaian hadiah akhir tahun tu...
tak pernah miss kot...
suke2...tapi bila da naik sekolah menengah, haremmm nak dapat hadiah...


note:
mood study melayang ntah ke mana....sabo jelah~~
nak mengamuk pun ada gak...ish2

arrrgggghhhh!!!!

Thursday, April 21, 2011

tadika....

Tiba-tiba rasa macam mahu berkongsi cerita hidup…

Aku start pergi tadika masa umur 3 tahun lagi sebab kena teman  abang aku yang selalu je tak  nak pergi kelas…

Aku kan adik yang baik…so, aku akur…

Aku just ingat pengalaman tadika masa umur 6 tahun jer..yang lain tu semua dah jadi debu…

Pagi-pagi mesti kena kejar keliling rumah sebab tak nak pergi tadika tapi makin lama, makin ramai kawan, makin ok…

Pergi tadika dengan van tambang sebab parents aku dua-dua kerja….


Ni je cerita tadika aku…nanti aku sambung cerita seterusnya….


notes:
mood:sangat pening...baru lepas habis paper ke 3...tinggal lagi 1 paper bertulis...harap semua lulus! amin...

comel kan....semestinya bukan aku!