Friday, December 31, 2010

jelmanya 2011!!!

aku hampir lupa esok adalah tahun baru 2011.....
mungkin kerana aku tak pernah meraikannya walau sekali....
dan kadang-kadang aku memang lupa terus masuknya tahun baru...


kalau dulu....
aku fikir, bila masuk tahun baru.....
aku kena pergi sekolah...
sekolah dah buka dan cuti dah habis.....
aku tak pernah nak fikir pasal lain tentang tahun baru.....


dan beberapa tahun yang lepas dan juga sekarang.....
aku kadang-kadang tak sedar pun tahun baru itu berlalu....
hampir setengah tahun aku akan ambil untuk nak tulis tarikh tahun baru sebab aku asyik tulis dengan tahun lepas jer....


mungkin orang fikir aku ni kolot...masih di takuk lama....
mungkin orang akan fikir aku nie not up to date....
dan mungkin juga orang fikir aku ni budak kampung yang memang tak ambil tau pasal sambutan tahun baru......
ye..aku memang budak kampung yang tak pernah nak ambil tahu pasal sambutan itu....
tapi ada aku kesah???


aku kisah kalau aku lupa nak baca doa penutup dan pembuka tahun baru islam...
aku kisah kalau aku tutup buku tahun lalu dengan dosa....
aku kisah kalau lepas jer baca doa pembuka.....aku buat dosa lagi...
kalau boleh aku tak nak buka buku tahun baru aku dengan tertulisnya amalan aku di bahu kiri.....
aku kisah kalau sepanjang tahun aku still melakukan dosa yang sama.....
aku kisah kalau amalan aku tak diterimaNYA....


note: 
sekarang aku ingat esok tahun baru sebab semua orang dah kecoh kat fb...tapi mungkin tidak aku!!!!
nway, selamat tahun baru 2011...moga tahun nie bertambah lagi amalan dan sujud pada tuhan....

Thursday, December 30, 2010

3012

hari ni aku 'ter'buat lagi benda yang aku telah lama biarkan dia bersara......
kalau dulu....aku buat tanpa rasa bersalah....
tapi hari ini...rasa sedikit takut itu hadir dalam diri aku....
mungkin aku lama tinggalkannya.....

pesananku buatmu teman.....

aku harap kau tabah...
aku tau kau kuat.....


kadang-kadang kita terpaksa lepaskan apa yang kita sayang pergi......
walaupun aku tau ia amat berat....
rela dalam paksa.....
tapi semua ini sudah menjadi takdir ILLAHI....
ALLAH lebih sayangkan dia.....
dan mungkin dia menunggumu di syurga.....


tabahkan hatimu....
kentalkan jiwamu....
jangan kau putuskan doa dari seorang kakak kepada seorang adik....
hanya doa daripadamu yang dia perlukan....


dan kalau kau bertanya...
aku rasa dia akan menjawab dia tak mahu melihat air matamu....
dia tidak mahu melihat kakaknya bersedih....
dan mungkin dia sangat berharap kau tidak meratapi pemergiannya di setiap waktumu....


hapuskanlah air matamu....
dan sekarang aku tidak mungkin berada di sisi mu wahai teman.....
aku berada jauh di perantauan....
aku tidak dapat memujukmu di kala kau kesedihan....
dan juga menyeka air matamu di saat kau tangiskan....
i'm sorry for that....


hanya doa aku titipkan....
moga yang masih meneruskan langkah di muka bumi ini.....
akan terus melangkah ke depan....
tabah dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran....


pada yang telah TIADA.....
aku berdoa agar kau aman di sana....
juga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh....
aminnnn....




note: "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"
aku harap kau tabah kawanku!!!juga pada familymu....

Tuesday, December 28, 2010

sahabat selamanya....

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya

...........

HO vs NURSE

tadi baru lepas cakap-cakap dengan senior.....
dia kata semua HO lelaki berkenan kat nurse....


hahaha


dan tiba-tiba dia pun nak jadi nurse jugak.....
satu statement yang aku rasa seakan lucu.....


Sunday, December 26, 2010

:(

jiwaku kacau bilau!!!!

tolong tenangkan aku....
tolong.....

Saturday, December 25, 2010

kasih seorang ayah!!


Hari ini cukup istimewa. Ada cerita yang cukup menarik untuk dikongsi bersama.
Suatu ketika seorang ayah membawa anaknya keluar berjalan-jalan ke pusat membeli belah. Ada megasalekatanya.
Maka mereka pun mula pusing memusing sekitar pusat membeli belah. Biasalah lelaki lebih gemar memerhati berbanding dengan membeli. Tak gitu wahai isteri? =P
Jalan punya jalan, akhirnya mereka sampai di bahagian makanan.
"Ayah..saya nak tu," kata si anak sambil jarinya menuding ke arah sebungkus gula-gula.
Ayahnya melihat packet gula-gula berkenaan.
"Tak boleh...takleh makan yang ni," balas si ayah.
"Nak jugak...." si anak mula bertukar warna.
"Tak boleh," ayah sedikit tegas.
"Nak jugak..nak jugak...." laungan si anak jantan mula kedengaran. Nyaring sekali.
Si ayah tidak menghiraukan taktik anaknya. Sudah fasih dan arif. Segera dipegang tangan anaknya dan dibawa masuk ke dalam kereta. Senang cerita =)
Mereka pulang.
Demikian cerita dari Mr. X. Kisah ayah dan anak.
Adapun jika diteliti kisah ini mungkin ada yang berpendapat patut sahaja dibeli gula-gula untuk anak-anak. Jangan dibiarkan memberontak. Tidak elok untuk psikologi kanak-kanak.
Namun si ayah tidak mahu menunaikan hasrat anaknya kerana bimbang akan kesihatan gigi anaknya. Si ayah inginkan yang terbaik untuk anaknya. Tapi si anak tidak mengerti. Disangkanya, itu yang terbaik untuknya, maka aku mesti memilikinya!
Sindrom ayah dan anak ini seringkali menjadi putaran kehidupan. Tatkala kita dilarang oleh Allah s.w.t, maka kita bergerak menentang Allah s.w.t. Dilarang-Nya melakukan maksiat, maka itulah yang kita buat. Sempat sunat taubat katanya.
Sahabat,
Susahlah andai yang tidak tahu berlagak tahu.
Yang zalim merasakan mereka alim.
Yang bijak suka berlagak!
Pesan Pak Tua,
"Tidak rugi mendengar nasihat guru sebab mereka memang lebih tahu!"
Yakinlah, sesungguhnya Pencipta manusialah yang maha mengetahui selok belok manusia. Maka marilah kita mempasakkan keimanan kita seteguh-teguhnya. Amar makruf nahi mungkar.
Allahuakbar.