Friday, February 25, 2011

mata dunia...

Weekend lepas aku join satu program mukayyam (perkhemahan). Bukan khemah sangat pun. Tidur pun dalam bilik. Program tu kat Kundasang, negeri bawah bayu. Sejuk gila sampai aku rasa cam tangan pun dah jadi ais bila ambil wuduk. Program di bawah aku punya group halaqah. Apa yang aku nak cite, bukan pasal tempat tapi pasal apa aku dapat.

Mula2 sampai dan start program aku dah naik bosan. Ye, aku memang orang yg cepat bosan. Masa tu jugak aku dah rasa nak balik dan rasa cam menyesal pun ada gak pergi sana. Aku cuba tuk sesuaikan diri. Petang masa jungle trekking aku rasa happy sebab aku memang suka aktiviti camtu. Tiba2 kene marah sebab potong orang, tak tunggu ahli group tapi ‘ada aku kisah’. Aku jalan jer. Nampak cam ‘jual ikan’ tapi aku dah x larat nak tunggu ahli group aku.

Then malam ada aktiviti bakat dengan burung hantu. Malam tu jugak kene marah2. Aku sabar. Aku dah tak sanggup tuk esok lagi. 

Esok pagi masa orang kumpul baca mathurat, aku dalam jamban bermain-main dgn air sejuk. Hahaha. Aku masuk dah habis baca. Rugi di situ. Sebelum balik ada explorace. Main kat Kinabalu park. Masa main tu lah aku kene makan nasi dengan garam (yang buat aku pening 2 hari dan dapat hypertension), kene masuk sungai yg sejuk gila nak mati, kena buat replika kaabah dengan ranting kayu, daun, Kertas n tali. First station dah kena marah. Aku naik bosan lagi.

Tak sempat habis pun kene marah, kitorang kena balik kemas bilik utk check out. Sambung kena marah depan rumah yg kitorang tinggal tu plak. Apa kejadah nak marah banyak2. Bosan2. Dem btol. Habis program tu terus je balik KK. 

 Apa yang aku dapat is nothing masa balik tu. Aku rasa nak marah ada r. Tapi bila balik, duduk, fikir, muhasabah diri, banyak yang aku dapat rupanya. Aku rasa trsangat kerdil berada dalam kalangan mereka2 yang lebih ilmunya dari aku yang cetek ilmu. Aku mahu ilmu itu dan insyaALLAH aku cuba tuk belajar ilmu ALLAH yang tak pernah habis ni. Sana juga baru aku sedar bertapa jahilnya aku sebagai muslim yang kadang-kadang banyak melakukan dosa. Anggap dosa tu sebagai mainan. Aku juga sedar banyak benda yang aku kena ubah dalam diri aku untuk jadi muslim sejati yang imannya sentiasa meningkat bukannya sentiasa menurun. Aku bukan budak baik dari dulu hingga sekarang dan aku sedang cuba tuk menjadi ‘baik’. Aku insan yang mencari redhaNYA di dunia mahupun akhirat. Doakan aku!!


tempat tinggal....


Tuesday, February 22, 2011

buka mata, tepuk dada....

Dalam kegelapan malam…
Ku melangkah dengan hanya berbekalkan arahan dan juga pautan tangan…
Mata ditutup kejap2…
Kaki masih lagi bergerak…
Kadang-kadang tersasar ke lopak-lopak kecil…
Hampir juga terhumban ke dalam gaung yang aku tidak Nampak besarnya ia…
Kaki masih lagi melangkah…
Menuju ke penghujung…
Berhenti di pertengahan jalan…
Hampir aku keseorangan…
Aku cuba tuk pertahankan ikatan…

Pabila terang kugapai…
Mataku buka…
Langit ku dongak…
Bertapa bersyukurnya diri ini masih lagi diberi nikmat tuhan yang tidak terhingga…
Ku masih lagi punya pancaindera yang masih sempurna…
Bersyukurlah dengan apa yang ada….



Wednesday, February 16, 2011

kutiplah pengajaran...



notes:

1) salam maulidur rasul (moga belum terlambat)...

2) marilah sama2 kita perjuangkan ISLAM agama tercinta....

3) MUSLIM for life....

Monday, February 14, 2011

T.T

di dalam, seketul batu yang besar.....
berat,sesak....

bagaimana ingin aku lepaskannya....

Friday, February 11, 2011

Seksis...



jangan pandangku sebelah mata....
hanya kerna namaku 'wanita'....
.......

jangan pandangku sebelah mata...
nanti kejantananmu tercabar.....
.......

Wednesday, February 9, 2011

izinkan aku mendapat ketenangan....

lepas satu, satu kau datang...

boleh tak duduk diam dan biarkan aku berehat....

aku lemas, rimas...

cuba kau lepaskan aku bebas tanpa fikirkan kau...

aku ingin tenang tanpa denyutan di dada dan juga kepala...

izinkan aku berehat tuk sehari dua...

tapi pape pun aku perlu selesaikan....

aku ada kuasa, anggota dan juga hati tuk merubah...

selagi aku mampu....

aku cuba....

aku cuba....

pada yang semedan denganku....
bersabarlah sayang...

aku akan terus dan terus membantu selagi termampu...

itu memang tanggungjawab aku!!

.......

window shoping is my hobby!! shoping pn hobby jugak!!

aku jalan belakang...

kau jalan depan...

jalanlah seiring...itu lebih baik...

mood:
lapar + mengantuk