Tuesday, April 24, 2012

apa kata mereka



A: andai anda dilamun cinta, maksud cinta bagi anda adalah?...

B: cinta bagi saya gurauan dalam kehidupan. kadang-kadang buat kita tertawa, kadang-kadang buat kita terasa dan gurauan yang buat kita memahami macam-macam emosi. kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, maka yang mencantikkan kehidupan adalah cinta....tapi cinta ni macam hantu, semua orang percaya tapi tak semua yang akan jumpa....



******************************************



B: sakitkan kalau kita kalah dalam hidup......

C: sakit memanglah sakit tapi jika kita gagal sebelum kita berjuang untuk hidup, kesakitannya akan lebih terasa. tapi kalau kita dah berjuang untuk menang tapi masih gagal, kita kena terima semua tu sebagai takdir.

B: mesti kamu cintakan dia lebih dari segala-galanya kan....

C: kita kena selalu berdoa supaya cinta kita pada manusia tak melebihi cinta kita pada-Nya. kalau cinta kita pada Dia lebih dari segala-galanya, insya-Allah cinta kita pada manusia pun akan kekal....

Thursday, April 12, 2012

suka tak salah tapi jangan sampai jatuh cinta >_<

 
-suka tak semestinya cinta-

Wednesday, April 4, 2012

jadilah bidadari dunia dan akhirat....





"perkara paling lazat dalam dunia"
moga aku turut sama mengejar yang lazat ini...


"dalam setiap jiwa hamba yang Allah ciptakan, diilhamkanNya 2 jalan. 
Pertama, jalan kefasiqan dan yang ke-2 jalan ketakwaan.
setiap dari kita memimpin diri masing-masing.
dalam tangan kita terletak jalan 2 ini.
kita boleh pilih jalan kefasiqan dan hidup dalam kemurkaanNya.
dan dalam masa yang sama boleh pilih jalan ketakwaan dan hidup dalam limpahan redhaNya"
  (Qasidah untuk kekasih)

Friday, March 30, 2012

perempuan selalu macam tu...

perempuan...
selalu jer beremosi kan...

 

sebab emosi lah tuhan bagi kuasa cerai di tangan lelaki...
kalau bagi di tangan pompuan, berapa ramai lelaki dah kene cerai...
haih...



- wanita, berfikirlah seperti lelaki -

Monday, January 16, 2012

sejahat-jahat aku....aku ada hati...

Dia : kau tak comel lah….dia lagi comel…
Aku: soo…..ada aku kisah???
Dia: (senyap…mungkin tak expect jawapan aku)….


Kata lah apa kau nak kata pun…
Hak kau….
Mulut kau…

Sekarang dia di ICU akibat complication dari appendicectomy….
Get well soon friend…

Wednesday, January 11, 2012

sekali rasa tu hilang...
susah untuk ia datang semula...
dan tolong jangan tanya kenapa aku sekarang lain dari aku yang dulu....

Tuesday, November 29, 2011

dulu dan kini sangat berbeza.....


Medium untuk aku luahkan rasa ialah bercerita…..
Jadi….
Cerita aku, masalah aku, pengalaman aku…..
Aku banyak kongsikan bersama kawan….

Terima kasih pada yang ikhlas mendengar….
Terima kasih pada yang terpaksa mendengar….
Terima kasih juga pada yang buat-buat dengar sebab konon nak jaga hati aku….

Pada yang terpaksa mendengar dan yang buat-buat dengar…..
…….Maaf…..

Aku harap kau bagi hint untuk aku faham yang kau memang tak suka mendengar….
Aku bukan tuhan untuk tahu segala apa….
Pada yang dah bagi hint, thanks….
Senang untuk aku tidak bazirkan air liur…..



Bagi aku…..
Kau datanglah mahu bercerita apa pun….
insyaALLAH aku dengar….
Tolong dengar setakat aku mampu dan tolong zahir juga setakat aku mampu…..
Itu mungkin medium untuk kau luahkan rasa juga….
Aku bukan manusia kejam…..