Friday, February 25, 2011

mata dunia...

Weekend lepas aku join satu program mukayyam (perkhemahan). Bukan khemah sangat pun. Tidur pun dalam bilik. Program tu kat Kundasang, negeri bawah bayu. Sejuk gila sampai aku rasa cam tangan pun dah jadi ais bila ambil wuduk. Program di bawah aku punya group halaqah. Apa yang aku nak cite, bukan pasal tempat tapi pasal apa aku dapat.

Mula2 sampai dan start program aku dah naik bosan. Ye, aku memang orang yg cepat bosan. Masa tu jugak aku dah rasa nak balik dan rasa cam menyesal pun ada gak pergi sana. Aku cuba tuk sesuaikan diri. Petang masa jungle trekking aku rasa happy sebab aku memang suka aktiviti camtu. Tiba2 kene marah sebab potong orang, tak tunggu ahli group tapi ‘ada aku kisah’. Aku jalan jer. Nampak cam ‘jual ikan’ tapi aku dah x larat nak tunggu ahli group aku.

Then malam ada aktiviti bakat dengan burung hantu. Malam tu jugak kene marah2. Aku sabar. Aku dah tak sanggup tuk esok lagi. 

Esok pagi masa orang kumpul baca mathurat, aku dalam jamban bermain-main dgn air sejuk. Hahaha. Aku masuk dah habis baca. Rugi di situ. Sebelum balik ada explorace. Main kat Kinabalu park. Masa main tu lah aku kene makan nasi dengan garam (yang buat aku pening 2 hari dan dapat hypertension), kene masuk sungai yg sejuk gila nak mati, kena buat replika kaabah dengan ranting kayu, daun, Kertas n tali. First station dah kena marah. Aku naik bosan lagi.

Tak sempat habis pun kene marah, kitorang kena balik kemas bilik utk check out. Sambung kena marah depan rumah yg kitorang tinggal tu plak. Apa kejadah nak marah banyak2. Bosan2. Dem btol. Habis program tu terus je balik KK. 

 Apa yang aku dapat is nothing masa balik tu. Aku rasa nak marah ada r. Tapi bila balik, duduk, fikir, muhasabah diri, banyak yang aku dapat rupanya. Aku rasa trsangat kerdil berada dalam kalangan mereka2 yang lebih ilmunya dari aku yang cetek ilmu. Aku mahu ilmu itu dan insyaALLAH aku cuba tuk belajar ilmu ALLAH yang tak pernah habis ni. Sana juga baru aku sedar bertapa jahilnya aku sebagai muslim yang kadang-kadang banyak melakukan dosa. Anggap dosa tu sebagai mainan. Aku juga sedar banyak benda yang aku kena ubah dalam diri aku untuk jadi muslim sejati yang imannya sentiasa meningkat bukannya sentiasa menurun. Aku bukan budak baik dari dulu hingga sekarang dan aku sedang cuba tuk menjadi ‘baik’. Aku insan yang mencari redhaNYA di dunia mahupun akhirat. Doakan aku!!


tempat tinggal....


Tuesday, February 22, 2011

buka mata, tepuk dada....

Dalam kegelapan malam…
Ku melangkah dengan hanya berbekalkan arahan dan juga pautan tangan…
Mata ditutup kejap2…
Kaki masih lagi bergerak…
Kadang-kadang tersasar ke lopak-lopak kecil…
Hampir juga terhumban ke dalam gaung yang aku tidak Nampak besarnya ia…
Kaki masih lagi melangkah…
Menuju ke penghujung…
Berhenti di pertengahan jalan…
Hampir aku keseorangan…
Aku cuba tuk pertahankan ikatan…

Pabila terang kugapai…
Mataku buka…
Langit ku dongak…
Bertapa bersyukurnya diri ini masih lagi diberi nikmat tuhan yang tidak terhingga…
Ku masih lagi punya pancaindera yang masih sempurna…
Bersyukurlah dengan apa yang ada….



Wednesday, February 16, 2011

kutiplah pengajaran...



notes:

1) salam maulidur rasul (moga belum terlambat)...

2) marilah sama2 kita perjuangkan ISLAM agama tercinta....

3) MUSLIM for life....

Monday, February 14, 2011

T.T

di dalam, seketul batu yang besar.....
berat,sesak....

bagaimana ingin aku lepaskannya....

Friday, February 11, 2011

Seksis...



jangan pandangku sebelah mata....
hanya kerna namaku 'wanita'....
.......

jangan pandangku sebelah mata...
nanti kejantananmu tercabar.....
.......

Wednesday, February 9, 2011

izinkan aku mendapat ketenangan....

lepas satu, satu kau datang...

boleh tak duduk diam dan biarkan aku berehat....

aku lemas, rimas...

cuba kau lepaskan aku bebas tanpa fikirkan kau...

aku ingin tenang tanpa denyutan di dada dan juga kepala...

izinkan aku berehat tuk sehari dua...

tapi pape pun aku perlu selesaikan....

aku ada kuasa, anggota dan juga hati tuk merubah...

selagi aku mampu....

aku cuba....

aku cuba....

pada yang semedan denganku....
bersabarlah sayang...

aku akan terus dan terus membantu selagi termampu...

itu memang tanggungjawab aku!!

.......

window shoping is my hobby!! shoping pn hobby jugak!!

aku jalan belakang...

kau jalan depan...

jalanlah seiring...itu lebih baik...

mood:
lapar + mengantuk

Friday, February 4, 2011

mulut orang....

"just be urself"...'
tajuk entry aku sebelum entry ni...
yaaa...just be urself...
aku tak suka orang hipokrit!!

semalam aku cakap-cakap ngan kawan aku...
dia kata dia nak berubah jadi baik....
niat dah ada, so slow-slow lah berubah...
tapi dia takut pada mulut orang...

mulut orang ni takkan dapat tutup oleh orang lain....
serious aku cakap...
memang takleh nak tutup...
biar je dorang nak kata apa....
penat dorang mengata, berhenti lah nanti....

aku dengan diri aku...
apa orang nak kata, "ada aku kisah ke?"...
ye, mulut orang!!
aku dah muak dengan panggilan yang tak berapa nak manis tu untuk aku...
dan sekarang aku terima....
ko nak kata apa pun kata lah...
aku dah sediakan baju perisai dan baju kalis peluru di tubuh....
korang jangan risau...
mungkin tidak lut dengan kata-kata tu but dont pass da limit...
padah akan menanti....


just be urself!!




seriously,
aku memang tak pandai berlakon!!



Thursday, February 3, 2011

saat manis di labuan

 
gud bye labuan...
welcome UMS KK...
holiday tyme kat labuan dh abes...
3 hari 2 malam yang penuh dgn gelak tawa dan juga kata-kata...
tempat tinggal yang mewah bagaikan kerabat diraja...

gila kau kata tak mewah....
rumah 3 tingkat yang memang besar gila...
ada lif kalau dah malas sangat nak naik tangga..
ada 7 bilik tapi yang dibuka cuma 5, yang lagi 2 tak dibuka untuk kitorang tapi tak bagitau apa sebabnya dan aku telah fikirkan benda yang mengarut tentang bilik tu...
meja makan diraja yang memang cukup2 tuk kitorang 14 orang sebab memang ada 14 kerusi kat situ....
dapur yang besar macam dewan makan sekolah pun ada gak...hehe
boleh dikatakan dari dapur masak2 nak ke dewan makan diraja tu agak lenguh r nak jalan...
lampu candelier kat mana-mana jer...
setiap bilik ada dia punya own toilet, peti ais, tv and aircond...
ada banyak ruang tamu..lebih kurang 5 kot...
tempat makan orang biasa-biasa pun ada...
belakang rumah ada taman tuk rehat2 sambil tengok pantai...

sampai jer kat rumah tu takut nak masuk sebab besar sangat...
first tyme jalan2 boleh sesat kot...bukan sesat sangat cuma salah masuk lorong je..huhu
ada yang sampai tak nak balik bila masuk rumah tu....
BUT masa 2nd day....
ada yang buat onar kat kitorang...
bengong punya penjaga rumah...
aku ingat ko memang baik gila...
lagak macam ustaz....
boleh jaga kitorang yang sume p0mpuan ni...
rupa-rupanya.........damn betul!!!

about labuan....
takde pape sangat...
nak cari sourvenir pun susah....
yang banyak merata-rata --> ARAK...
yang lain coklat ngan rokok....
coklat boleh tahan murah r..murah dari langkawi kot...
yang rokok pun murah giler....
arak memang aku tak pernah tahu harga die so aku xleh nak bandingkan....

nway...
aku boleh release aku punya tension kat labuan....
walaupun ada sikit yang menyakitkan...
kalu nak pergi beli coklat n then balik pun ok jer labuan tu....
dunia coklat murah katakan.....

rumah yang kami duduki (rumah penginapan persekutuan labuan)

tangga tuk ke tingkat atas

halaman hadapan

ruang tamu 1

halaman belakang

BBQ malam ke-2

ruang tamu di tingkat 1

lif bagi yang malas mendaki tangga
salah satu candelier di rumah ni