Friday, December 31, 2010

jelmanya 2011!!!

aku hampir lupa esok adalah tahun baru 2011.....
mungkin kerana aku tak pernah meraikannya walau sekali....
dan kadang-kadang aku memang lupa terus masuknya tahun baru...


kalau dulu....
aku fikir, bila masuk tahun baru.....
aku kena pergi sekolah...
sekolah dah buka dan cuti dah habis.....
aku tak pernah nak fikir pasal lain tentang tahun baru.....


dan beberapa tahun yang lepas dan juga sekarang.....
aku kadang-kadang tak sedar pun tahun baru itu berlalu....
hampir setengah tahun aku akan ambil untuk nak tulis tarikh tahun baru sebab aku asyik tulis dengan tahun lepas jer....


mungkin orang fikir aku ni kolot...masih di takuk lama....
mungkin orang akan fikir aku nie not up to date....
dan mungkin juga orang fikir aku ni budak kampung yang memang tak ambil tau pasal sambutan tahun baru......
ye..aku memang budak kampung yang tak pernah nak ambil tahu pasal sambutan itu....
tapi ada aku kesah???


aku kisah kalau aku lupa nak baca doa penutup dan pembuka tahun baru islam...
aku kisah kalau aku tutup buku tahun lalu dengan dosa....
aku kisah kalau lepas jer baca doa pembuka.....aku buat dosa lagi...
kalau boleh aku tak nak buka buku tahun baru aku dengan tertulisnya amalan aku di bahu kiri.....
aku kisah kalau sepanjang tahun aku still melakukan dosa yang sama.....
aku kisah kalau amalan aku tak diterimaNYA....


note: 
sekarang aku ingat esok tahun baru sebab semua orang dah kecoh kat fb...tapi mungkin tidak aku!!!!
nway, selamat tahun baru 2011...moga tahun nie bertambah lagi amalan dan sujud pada tuhan....

Thursday, December 30, 2010

3012

hari ni aku 'ter'buat lagi benda yang aku telah lama biarkan dia bersara......
kalau dulu....aku buat tanpa rasa bersalah....
tapi hari ini...rasa sedikit takut itu hadir dalam diri aku....
mungkin aku lama tinggalkannya.....

pesananku buatmu teman.....

aku harap kau tabah...
aku tau kau kuat.....


kadang-kadang kita terpaksa lepaskan apa yang kita sayang pergi......
walaupun aku tau ia amat berat....
rela dalam paksa.....
tapi semua ini sudah menjadi takdir ILLAHI....
ALLAH lebih sayangkan dia.....
dan mungkin dia menunggumu di syurga.....


tabahkan hatimu....
kentalkan jiwamu....
jangan kau putuskan doa dari seorang kakak kepada seorang adik....
hanya doa daripadamu yang dia perlukan....


dan kalau kau bertanya...
aku rasa dia akan menjawab dia tak mahu melihat air matamu....
dia tidak mahu melihat kakaknya bersedih....
dan mungkin dia sangat berharap kau tidak meratapi pemergiannya di setiap waktumu....


hapuskanlah air matamu....
dan sekarang aku tidak mungkin berada di sisi mu wahai teman.....
aku berada jauh di perantauan....
aku tidak dapat memujukmu di kala kau kesedihan....
dan juga menyeka air matamu di saat kau tangiskan....
i'm sorry for that....


hanya doa aku titipkan....
moga yang masih meneruskan langkah di muka bumi ini.....
akan terus melangkah ke depan....
tabah dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran....


pada yang telah TIADA.....
aku berdoa agar kau aman di sana....
juga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh....
aminnnn....




note: "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"
aku harap kau tabah kawanku!!!juga pada familymu....

Tuesday, December 28, 2010

sahabat selamanya....

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya

...........

HO vs NURSE

tadi baru lepas cakap-cakap dengan senior.....
dia kata semua HO lelaki berkenan kat nurse....


hahaha


dan tiba-tiba dia pun nak jadi nurse jugak.....
satu statement yang aku rasa seakan lucu.....


Sunday, December 26, 2010

:(

jiwaku kacau bilau!!!!

tolong tenangkan aku....
tolong.....

Saturday, December 25, 2010

kasih seorang ayah!!


Hari ini cukup istimewa. Ada cerita yang cukup menarik untuk dikongsi bersama.
Suatu ketika seorang ayah membawa anaknya keluar berjalan-jalan ke pusat membeli belah. Ada megasalekatanya.
Maka mereka pun mula pusing memusing sekitar pusat membeli belah. Biasalah lelaki lebih gemar memerhati berbanding dengan membeli. Tak gitu wahai isteri? =P
Jalan punya jalan, akhirnya mereka sampai di bahagian makanan.
"Ayah..saya nak tu," kata si anak sambil jarinya menuding ke arah sebungkus gula-gula.
Ayahnya melihat packet gula-gula berkenaan.
"Tak boleh...takleh makan yang ni," balas si ayah.
"Nak jugak...." si anak mula bertukar warna.
"Tak boleh," ayah sedikit tegas.
"Nak jugak..nak jugak...." laungan si anak jantan mula kedengaran. Nyaring sekali.
Si ayah tidak menghiraukan taktik anaknya. Sudah fasih dan arif. Segera dipegang tangan anaknya dan dibawa masuk ke dalam kereta. Senang cerita =)
Mereka pulang.
Demikian cerita dari Mr. X. Kisah ayah dan anak.
Adapun jika diteliti kisah ini mungkin ada yang berpendapat patut sahaja dibeli gula-gula untuk anak-anak. Jangan dibiarkan memberontak. Tidak elok untuk psikologi kanak-kanak.
Namun si ayah tidak mahu menunaikan hasrat anaknya kerana bimbang akan kesihatan gigi anaknya. Si ayah inginkan yang terbaik untuk anaknya. Tapi si anak tidak mengerti. Disangkanya, itu yang terbaik untuknya, maka aku mesti memilikinya!
Sindrom ayah dan anak ini seringkali menjadi putaran kehidupan. Tatkala kita dilarang oleh Allah s.w.t, maka kita bergerak menentang Allah s.w.t. Dilarang-Nya melakukan maksiat, maka itulah yang kita buat. Sempat sunat taubat katanya.
Sahabat,
Susahlah andai yang tidak tahu berlagak tahu.
Yang zalim merasakan mereka alim.
Yang bijak suka berlagak!
Pesan Pak Tua,
"Tidak rugi mendengar nasihat guru sebab mereka memang lebih tahu!"
Yakinlah, sesungguhnya Pencipta manusialah yang maha mengetahui selok belok manusia. Maka marilah kita mempasakkan keimanan kita seteguh-teguhnya. Amar makruf nahi mungkar.
Allahuakbar.

Friday, December 24, 2010

2312

suka dan duka adalah lumrah hidup.....
setiap kali gembira.....
pasti ada sedihnya....
setiap kali sedih.....
pasti ada gembiranya......

hari ini kau berduka.....
tapi mungkin tidak hari esok.....

hari ini kau kecewa.....
tapi mungkin tidak hari esok....

hari ini kau gagal....
tapi mungkin tidak hari esok......

hari ini kau sedih...
tapi mungkin tidak hari esok......

ketabahan dan keazaman kau perlu kuatkan....
positive thinking kau perlu adakan....

better luck next tyme babe......

Wednesday, December 22, 2010

life must go on......



















senyum (^_________^) aku suke!!!

second sem for second year.....

belum sampai seminggu aku masuk kelas tapi kerja dah bertimbun-timbun......
research, drama, presentation, meeting......
aduyai......
poning kopala aku......
nak baca novel pun tak sempat....
tapi baca ujang sempat pulak...hehehe

.....

gurauan itu indah bilamana kau tahu gunakannya!!!


dan sekarang aku sakit dengan gurauan itu.....

Tuesday, December 21, 2010

kejutan yang aku pun terkejut!!

mata kubuka luas....
tangan ku tunjuk melepasi barisan lebih dari lima kali aku kira....
hatiku berbunga riang.....
nafas ku sedup dalam-dalam.....

sekarang....
bibirku terukir senyuman kepuasan....
tiada lagi kerisauan....
dadaku tidak lagi berombak bila memikirkan....
tiada lagi 'butterfly' yang menari-nari dalam 'stomach'.....
mataku tidak lagi mengairkan air yang tak diundang.....
telingaku tidak juga mendengar bebelan....
tangan ku julang tanda kesyukuran...
dahi ku sujud tanda berterima kasih pada yang ESA.....

ALHAMDULILLAH......
aku bersyukur atas nikmatmu yang tidak terhingga ini.....
ALHAMDULILLAH......

Monday, December 20, 2010

cerita aku.....

entri ni aku da tulis lama sebenarnya tapi atas motor, atas kertas......




" tadi aku round satu U aku dan aku nak buat konklusi yang U aku ni memang kedekut.....takde satu pun kerusi or bangku yang boleh aku duduk or lepak tyme mo0d swing....oleh yang demikian (tibe2 ayat skema), aku lepak atas motor; bawah pokok; depan masjid....takde tempat lain siot....mood tengah swing gundah gelana....rasa cam nak tibai orang pun ada gak...."


lepas aku lepak2 tu tibe2 mood jiwang menyerbu....hak3...aku tutup buku, pandang langit tapi silau matahari...aku tengok pokok, tengok rumput, tengok bangunan....

Wednesday, December 15, 2010

sabar aku makin tinggi sekarang!!

dulu:


1. adik aku sgt takut kat aku....

  • "tak nak r aku bagitau dia....nanti dia marah kat aku" kata adik aku...
2. kalu adik aku tinggi suara kat aku....
  • kompem2 dia akan senyap lepas tu sebab kene sembur ngan aku...hak3
3. kalu adik aku cakap banyak....
  • aku dengar jer dengar muka kayu....last2 dia diam...hak3
4. kalu adik aku cari gaduh.....
  • biasa aku akan menang sebab aku marah dan dia akan diam.....
5. kalu adik aku buat benda yang aku tak puas hati....
  • yang ni memang dia kene teruk...aku sembur kaw2 punya...hak3
6. kalu nenek aku membebel banyak2....
  • aku pun naik angin jugak dan mulalah buat benda yang agak derhaka...
7. kalu parents aku marah....
  • ada jugak r sekali sekala aku cuba tegakkan aku punya pendirian (agak derhaka di situ)....

sekarang:

1. adik aku dah nampak macam tak takut kat aku....
2. kalu adik aku tinggi suara kat aku....
  • aku diam jer....malas nak lawan...kadang2 ikut jer arahan dia...nak2 kalu aku tengah mamai bangun tido....
3. kalu adik aku cakap banyak...
  • aku still lagi mendengar dengan muka kayu...hak3
4. kalu adik aku cari gaduh...
  • aku diam jer...dah tak sembur macam dulu lagi....
5. kalu adik aku buat benda yang aku tak puas hati....
  • aku still marah tapi tak seteruk dulu....marah sikit2 jer...
6. kalu nenek aku membebel banyak2....
  • aku dah start tutup telinga dan buat muka kayu....kadang2 aku pergi layan dia....
7. kalu parents aku marah....
  • aku dah tak menjawab....aku just dengar dan akur...

persekitaran telah banyak merubah aku dari yang dulu kepada sekarang....
perubahan itu perlu....
ye....aku tahu itu....

p/s: dari dulu sampai sekarang....abang aku memang tak takut ngan aku...aku jer yang takut kat dia....hak3
dan adik aku selalu cakap:
"ya, mu boleh r jaga tok sebab mu sabar"

Tuesday, December 14, 2010

121210

masa cuti yang diisi bersama kawan-kawan.....
merantau ke daerah orang (macamlah jauh sangat).....
tapi at last balik lepak kat pantai dungun gak....

big apple donut

mesra mall

kawan-kawanku yang senget...hehe

menuju ke pantai 

pantai teluk lipat

1412

Mungkin apa yang dilakukan ada sebabnya….
Tak perlu disoal…
Tak perlu dihuraikan….
Apa yang kau tahu tentang aku??
Mungkin banyak, mungkin seciput atau mungkin kau tak tahu lansung…..
Sebab kadang-kadang manusia tidak mengerti apa dan mengapa manusia lain lakukan…..

.............

Mungkin di sebalik senyuman manis itu…..
terselit kedukaan yang amat berat……
mungkin di sebalik hilai tawa
tersemat satu jiwa yang penuh gusar….

.............

Pabila perasaan rindu datang menjelma….
Usah disangkal…
Usah  diragui….
Kerna itu perasaan yang pasti….

.............

Pabila perasaan cinta hadir….
Usah dikeji….
Usah dinafi….
Kerna mungkin ia tulus dari hati…..

............

Monday, December 13, 2010

teruskan

Teruskan perjuangan
walau sebesarmanapun gelombang yang menghalang. 
Usah kembali berpatah ke Pengkalan
layarkan terus bahtera perjuangan 
hingga berjaya mencecah Pulau Impian.

Sunday, December 12, 2010

111210

berita yang aku dengar semalam:
result exam dah keluar tapi still kat pejabat....
aku tahu itu.....
dan kalau boleh aku tak nak tahu result aku....
aku takut kecewa yang tak diundang....
tapi aku tetap berdoa agar kejayaan mendampingi aku.....

sekarang aku still di kampung halaman.....
masih lagi bersantai di waktu petang....
hahahaha....aku suka bersantai!!!!

aku klipkan lagi dengan gambar.....

keropok lagi!!!yummy...


agak sopan bila berbaju kurung ke pantai....hak3

kawan-kawanku yang setia.....

pantai.....

berjalanlah kamu di muka bumi ALLAH ini....

oliday!!!

cuti semester hampir sampai ke final......
dan aku maw jerit TIDAK!!!!!!!
aku bakal terbang lagi ke borneo untuk menuntut ilmu ILLAHI.....

dan inilah aktiviti aku masa cuti di DUNGUN terchenta.....

tak sempat bawa balik rumah pun....

kawan-kawanku yang sengal....haha

kat pasar malam pun boleh melantak lagi....

pantai dungun terchenta....

makanan wajib bila lepak kat pantai....

ohhhhh......my peberet.....kopok lekor......

santai....

juga kawanku yang sengal....

Saturday, December 11, 2010

cari menantu......


hahahaha.......
dunia zaman sekarang.....
cari menantu guna iklan....
ingat nak cari kucing hilang ke??

Tuesday, December 7, 2010

???

tajuk blog yang agak "bengong" apabila dibaca:
****(artis) buka tudung kerana niat cari rezeki.......


antara apa yang artis tu kata ialah:
1. “Namun begitu untuk cerita Mayang Mengurai, saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki. Lagipun memang susah kalau kita nak harap watak yang pakai tudung sahaja,”


2. “Saya tahu tidak manis jika saya buka dan pakai tudung, namun biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya.


3. “Saya tahu jaga batasan saya dengan penampilan baru ini, saya tidak pakai baju yang jarang dan menjolok mata serta berlakon watak yang berpegangan tangan,”



apa yang aku nak kata:
1. agak "bodoh" alasan yang diberi....


2. rezeki ada jer kat mana-mana.....takde ar sampai kena buka tudung untuk cari rezeki......


3. ramai jer yang pakai tudung dapat rezeki ALLAH.....


4. niat tak menghalalkan cara weh.....


apa yang orang lain kata:
1. WARDINA pakai tudung..tapi rezeki dia ok pun...tudung bukan fesyen..tapi kemestian untuk wanita..kan?


2. Nak bukak, bukak je ... naper nk bg alasan cari rezeki plak. Byk lg sumber rezeki yg tak perlu bukak aurat. Tepuk dada tanya iman


3. kalau camtu leh bogel lah...'niat nak cari rezeki'


4. apa kes??bukak tudung cari rezeki..x sepatutnya tu..bukak tudung saji cari makanan la wei


5. gelap betul hati minah ni.....


6. boleh ke mcm tu? buka tudung niat cari rezki? tudung tu kan aurat? hukum pun haram dedahkan aurat...kalau mcm tu nanti semua GRO boleh cakap saya berzina niat nak cari rezki....huahuahuahua...cetek sungguh ilmu agama manusia sekarang....Ya Allah...hanya Engkau Yang Maha Mengetahui..


Monday, December 6, 2010

061210

yuhuuuu!!!
shopping-shopping at Kuantan......
kedai bunga-bunga

toys...

posing with abahku

laksa shack

my luvly parents

muda lagi!

tempat: pustaka seri intan
masa: tengahari
perbuatan: sedang memilih buku shin chan

nenek sedara: ni bukan anak adanan ke?
aku: a'ah...anak adanan...sape ni? (nampak sangat tak kenal nenek sedara...hehe)
nenek sedara: nie mak ani lah....
aku: o0h mak cik ani...(hahaha...baru kenal)....
nenek sedara: dah tingkatan berapa leni?
aku: ha? tak ar...dah masuk U...
nenek sedara: o0h dah masuk U.....U mana?

........perbualanku belum berakhir dan meleret-leret lagi....huk3..........

Sunday, December 5, 2010

mata gatal+mata bengkak+sakit kepala+sakit hidung=memang tidak selesa......

Saturday, December 4, 2010

041210

suasana tegang 5 minit tadi telah membuatkan jangtungku berdegup kencang......
dan mungkin akan berlarutan hingga esok....

aku mahukan ketenangan di saat ini...
di tika ini......

Friday, December 3, 2010

dialog lagi!

tempat: spa (konon macam mak datin)
masa: malam
tujuan: facial treatment (saje-saje gatal nak buat)
pembuat facial=umur 16 tahun....anak kepada pemilik spa 


pembuat facial: umur berapa nie?
aku: mmm..20 tahun...
pembuat facial: oh...ingatkan muda pada kita...
aku: hahaha (tergelak kecil)....kenapa? nampak muda ke?
pembuat facial: a'ah...nampak muda...muda pada kita...
aku: haha


aku suka dia punya pandangan terhadap aku....hak3



p/s: kepada abang aku....jangan ingat kau sorang jer yang ada baby face...aku pun orang kata muda gak....

kalah!

oh tidaak!!

aku kalah pada adikku dalam memotong buah mangga....
ku sangka pisau yang tumpul.....
rupanya aku yang.......

gantungkan ia di situ......
ya biarkan......

Thursday, December 2, 2010

aku masih berfikir!

tempat: mall yang tak berapa nak besar...
waktu: petang
perlakuan: melihat-lihat baju offer


adik: ya, bakpe mu berubah dah sekarang??
aku: (terdiam dan berfikir sambil tangan masih lagi membelek baju. dan aku membalas) ape yang berubah?
adik: mu jadi perempuan sekarang.
aku: (terkelu dan terdiam seketika) dah aku kan memang perempuan......


........

bicara lidah.....

post kali nie aku nak tulis kata-kata yang aku rasa memang betul....
aku dapat pun ciluk dari google gak.....


1. agama tidak pernah mengecewakan manusia tapi manusia yang mengecewakan agama.....


2. lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki...


3. keikhlasan itu umpama seekor semut hitam yang berada di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. ianya wujud tapi amat sukat untuk dilihat...


4. hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula menentukan kebahagiaan....


5. setiap mata yang tertutup tidak beerti dia tidur dan setiap mata yang terbuka tidak beerti dia melihat.....


6.  reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimiginasi......


7. wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-sinar, tetapi tidak melihat apa-apa.


"seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong"

dan......aku BENCI itu......

212

status YM:
i love the way u love me.....

tiba-tiba terpacul seseorang yang tanya:
"i luv u the way u luv me??"

1. dari mana datang u satu lagi pun aku tak tahu....
2. perlu ke aku jawab soalan dia?
3. betul ke status aku tu datang dari hati aku?
4. kalu betul pun. bersedia ke aku nak bagitau dia?
5. aku jer ada jawapannya..........

Wednesday, December 1, 2010

o0o0....kau dah jumpa aku ek.....

aku tau itu kau....(^_^)

perubahan itu perlu....kadang-kadang.....

masa banyak merubah aku.....
daripada aku yang dulu hingga aku yang sekarang.....

aku rindu giler kat korang....
kawan aku pernah kata:
"kau duk kat rumah, parents kau tak bagi keluar malam kan..aku faham sangat tu....tapi kalu duk kt kolej mesti kau keluar tiap-tiap malam kan....balas dendam katakan...."

ayat kau yang dekat last tu kau memang betul-betul tak faham aku....
aku bukan anak derhaka yang nak memberontak sesuka hati....
aku ada akal.....
aku boleh fikir kenapa parents aku tak bagi aku keluar.....
kau yang tak dapat fikir benda tu....
ye.....kau yang tak fikir.....