Friday, December 31, 2010

jelmanya 2011!!!

aku hampir lupa esok adalah tahun baru 2011.....
mungkin kerana aku tak pernah meraikannya walau sekali....
dan kadang-kadang aku memang lupa terus masuknya tahun baru...


kalau dulu....
aku fikir, bila masuk tahun baru.....
aku kena pergi sekolah...
sekolah dah buka dan cuti dah habis.....
aku tak pernah nak fikir pasal lain tentang tahun baru.....


dan beberapa tahun yang lepas dan juga sekarang.....
aku kadang-kadang tak sedar pun tahun baru itu berlalu....
hampir setengah tahun aku akan ambil untuk nak tulis tarikh tahun baru sebab aku asyik tulis dengan tahun lepas jer....


mungkin orang fikir aku ni kolot...masih di takuk lama....
mungkin orang akan fikir aku nie not up to date....
dan mungkin juga orang fikir aku ni budak kampung yang memang tak ambil tau pasal sambutan tahun baru......
ye..aku memang budak kampung yang tak pernah nak ambil tahu pasal sambutan itu....
tapi ada aku kesah???


aku kisah kalau aku lupa nak baca doa penutup dan pembuka tahun baru islam...
aku kisah kalau aku tutup buku tahun lalu dengan dosa....
aku kisah kalau lepas jer baca doa pembuka.....aku buat dosa lagi...
kalau boleh aku tak nak buka buku tahun baru aku dengan tertulisnya amalan aku di bahu kiri.....
aku kisah kalau sepanjang tahun aku still melakukan dosa yang sama.....
aku kisah kalau amalan aku tak diterimaNYA....


note: 
sekarang aku ingat esok tahun baru sebab semua orang dah kecoh kat fb...tapi mungkin tidak aku!!!!
nway, selamat tahun baru 2011...moga tahun nie bertambah lagi amalan dan sujud pada tuhan....

No comments: