Tuesday, December 7, 2010

???

tajuk blog yang agak "bengong" apabila dibaca:
****(artis) buka tudung kerana niat cari rezeki.......


antara apa yang artis tu kata ialah:
1. “Namun begitu untuk cerita Mayang Mengurai, saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki. Lagipun memang susah kalau kita nak harap watak yang pakai tudung sahaja,”


2. “Saya tahu tidak manis jika saya buka dan pakai tudung, namun biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya.


3. “Saya tahu jaga batasan saya dengan penampilan baru ini, saya tidak pakai baju yang jarang dan menjolok mata serta berlakon watak yang berpegangan tangan,”



apa yang aku nak kata:
1. agak "bodoh" alasan yang diberi....


2. rezeki ada jer kat mana-mana.....takde ar sampai kena buka tudung untuk cari rezeki......


3. ramai jer yang pakai tudung dapat rezeki ALLAH.....


4. niat tak menghalalkan cara weh.....


apa yang orang lain kata:
1. WARDINA pakai tudung..tapi rezeki dia ok pun...tudung bukan fesyen..tapi kemestian untuk wanita..kan?


2. Nak bukak, bukak je ... naper nk bg alasan cari rezeki plak. Byk lg sumber rezeki yg tak perlu bukak aurat. Tepuk dada tanya iman


3. kalau camtu leh bogel lah...'niat nak cari rezeki'


4. apa kes??bukak tudung cari rezeki..x sepatutnya tu..bukak tudung saji cari makanan la wei


5. gelap betul hati minah ni.....


6. boleh ke mcm tu? buka tudung niat cari rezki? tudung tu kan aurat? hukum pun haram dedahkan aurat...kalau mcm tu nanti semua GRO boleh cakap saya berzina niat nak cari rezki....huahuahuahua...cetek sungguh ilmu agama manusia sekarang....Ya Allah...hanya Engkau Yang Maha Mengetahui..


No comments: