Friday, February 25, 2011

mata dunia...

Weekend lepas aku join satu program mukayyam (perkhemahan). Bukan khemah sangat pun. Tidur pun dalam bilik. Program tu kat Kundasang, negeri bawah bayu. Sejuk gila sampai aku rasa cam tangan pun dah jadi ais bila ambil wuduk. Program di bawah aku punya group halaqah. Apa yang aku nak cite, bukan pasal tempat tapi pasal apa aku dapat.

Mula2 sampai dan start program aku dah naik bosan. Ye, aku memang orang yg cepat bosan. Masa tu jugak aku dah rasa nak balik dan rasa cam menyesal pun ada gak pergi sana. Aku cuba tuk sesuaikan diri. Petang masa jungle trekking aku rasa happy sebab aku memang suka aktiviti camtu. Tiba2 kene marah sebab potong orang, tak tunggu ahli group tapi ‘ada aku kisah’. Aku jalan jer. Nampak cam ‘jual ikan’ tapi aku dah x larat nak tunggu ahli group aku.

Then malam ada aktiviti bakat dengan burung hantu. Malam tu jugak kene marah2. Aku sabar. Aku dah tak sanggup tuk esok lagi. 

Esok pagi masa orang kumpul baca mathurat, aku dalam jamban bermain-main dgn air sejuk. Hahaha. Aku masuk dah habis baca. Rugi di situ. Sebelum balik ada explorace. Main kat Kinabalu park. Masa main tu lah aku kene makan nasi dengan garam (yang buat aku pening 2 hari dan dapat hypertension), kene masuk sungai yg sejuk gila nak mati, kena buat replika kaabah dengan ranting kayu, daun, Kertas n tali. First station dah kena marah. Aku naik bosan lagi.

Tak sempat habis pun kene marah, kitorang kena balik kemas bilik utk check out. Sambung kena marah depan rumah yg kitorang tinggal tu plak. Apa kejadah nak marah banyak2. Bosan2. Dem btol. Habis program tu terus je balik KK. 

 Apa yang aku dapat is nothing masa balik tu. Aku rasa nak marah ada r. Tapi bila balik, duduk, fikir, muhasabah diri, banyak yang aku dapat rupanya. Aku rasa trsangat kerdil berada dalam kalangan mereka2 yang lebih ilmunya dari aku yang cetek ilmu. Aku mahu ilmu itu dan insyaALLAH aku cuba tuk belajar ilmu ALLAH yang tak pernah habis ni. Sana juga baru aku sedar bertapa jahilnya aku sebagai muslim yang kadang-kadang banyak melakukan dosa. Anggap dosa tu sebagai mainan. Aku juga sedar banyak benda yang aku kena ubah dalam diri aku untuk jadi muslim sejati yang imannya sentiasa meningkat bukannya sentiasa menurun. Aku bukan budak baik dari dulu hingga sekarang dan aku sedang cuba tuk menjadi ‘baik’. Aku insan yang mencari redhaNYA di dunia mahupun akhirat. Doakan aku!!


tempat tinggal....


No comments: