Saturday, January 29, 2011

syisya!

ada sorang kawan aku yang kata "aku nak syisya...boleh ke syisya tu?"...
persoalan ni jugak yang bermain-main kat otak aku sejak dari dulu lagi...
aku pun terus google pasal benda alah ni...
dulu-dulu aku hampir terjebak jugak r dengan benda ni tapi tak sempat...
macamana ntah boleh aku patah balik rasa hati tu...

ni sikit info pasal syisya hasil aku google...

Syisya (juga dikenali dengan pelbagai nama yang lain) adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengeluarkan asap (smoking) menggunakan penuras air dan haba tak langsung. Ia boleh digunakan bagi menghisap berbagai bahan seperti herba buah, tembakau, dan ganja.

Apakah kandungannya?
  1. Tembakau
  2. Sirap pekat dari buah-buahan
  3. Arang
Adakah sama dengan rokok? Jika tidak, apa bezanya?
Kandungan asas bagi rokok dan sheesha adalah sama – tembakau. Perbezaan rokok dan sheesha ialah pada cara penyediaan(rawatan). Tembakau yg digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dahulu sementara tembakau yang digunakan untuk sheesha diperam.

Ada yang mengatakan sheesha lebih selamat berbanding rokok. Ini tidak benar, malahan sheesha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi termasuk dari segi penyediaannya. Air dalam sheesha tidak dapat menapis banyak jenis toksin yang terkandung dalam asap sheesha. Sheesha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet yang digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok. Bagi mereka yang menghisap sheesha dikedai kopi, perkongsian paip sheesha juga mendedahkan mereka kepada bahaya lain. Mereka akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi sheesha adalah TB.

 
syisya!!

No comments: